suria

Sepakan Penalti Hazard Bantu Chelsea Benam QPR

Hazard (tengah) meraikan jaringan bersama rakan pasukan.
LONDON: Sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada babak kedua membantu Chelsea mengekalkan rekod sempurna di gelanggang sendiri selepas menewaskan Queens Park Rangers 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Ahad.

Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Hazard dijatuhkan Eduardo Vargas pada minit ke-76.

Oscar terlebih dahulu meletakkan Chelsea di depan seawal minit ke-32.

Oscar. 

Namun pasukan lawan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi jaringan Charlie Austin.

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea terus mengungguli kedudukan teratas liga dengan kelebihan sembilan mata di hadapan pencabar utamanya, Manchester City yang akan bertemu Manchester United malam ini.

Pasukan bimbingan pengurus Jose Mourinho itu mengutip 26 mata daripada 10 perlawanan setakat ini.

Barisan pemain:

Chelsea: Courtois; Ivanovic, Cahill, Terry (c), Filipe Luis; Matic, Fabregas; Willian, Oscar, Hazard; Diego Costa. Pemain gantian: Cech, Zouma, Ake, Ramires, Salah, Schurrle, Drogba. 

QPR: Green, Isla, Caulker, Dunne, Suk-Young, Hoilett, Sandro, Henry, Fer, Austin, Vargas. Pemain gantian: Murphy, Traore, Hill, Phillips, Wright-Phillips, Kranjcar, Zamora.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain