suria

Mourinho Mahu Kuasai Bola Sepak Selama 20 Tahun Lagi

JOSE Mourinho memberi amaran kepada dunia bola sepak bahawa dia akan kekal selama 20 tahun lagi dalam sukan tersebut.

Mourinho, 51, melaungkan amaran itu ketika ingin meneruskan rentak tanpa kalah Chelsea dalam 14 perlawanan ketika bertemu QPR pada Sabtu.

Jurulatih kelahiran Portugal itu yang kelihatan gembira dengan kepulangan penyerang utamanya, Diego Costa pada perlawanan kali ini memberitahu, dia akan kekal dalam bola sepak sehingga 2034.

"Pada saya, situasinya mudah. Saya mahu berkerja, terus berada di atas untuk 15 hingga 20 tahun lagi.

"Apabila anda berada di atas, anda mahu terus berada di situ. Itu biasa.



"Pada masa ini, saya telah melakukan yang terbaik untuk berada dalam kelab ternama. Jika saya tidak melakukan yang terbaik, pasaran diri saya akan berubah dan hanya kelab kerdil akan menunggu. Saya mampu.

"Saya tidak fikir ada orang yang mahu bertukar daripada terhebat kepada yang biasa dan daripada melakukan projek besar kepada yang kecil. Tetapi saya ulangi, saya mahu berkerja sekuat mungkin sacara fizikal dan mental dan saya sangka ia akan berlanjutan ke 15 atau 20 tahun," jelasnya.



Chelsea, Jose Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain