suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Amerika Syarikat: Serena Williams Rangkul Gelaran Grand Slam Ke-18

PEMAIN tenis wanita no.1 dunia, Serena Williams mengetepikan kawan baiknya, Caroline Wozniacki dari Denmark, 6-3 6-3 pada aksi final Terbuka Amaerika Syarikat, awal pagi Isnin.

Kejayaan ini sekaligus mencatat rekod terbaharu buat bintang Amerika Syarikat itu dengan mencatat gelaran Grand Slam yang ke-18.

Ia merupakan kemenangan straight set ketiga dan gelaran keenam kejohanan ini kepada pemain berusia 32 tahun ini, manakala jumlah catatan grand slam itu menyamai rekod Chris Evert dan MArtina Navratilova yang berada di kedudukan keempat keseluruhan.

Pada aksi tahun lalu, Williams gagal memasuki kelompok pusingan 16 pemain, namun bangkit mempamerkan aksi cemerlang tanpa sebarang kegagalan, menewaskan Wozniacki dalam tempoh 75 minit.

Walaupun tewas, Wozniacki yang diletakkan sebagai pemain pilihan kesepuluh turut mencapai prestasi terbaik dengan mara ke final buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lewis Hamilton Juara GP Itali

Artikel Lain