suria

Piala Dunia: Switzerland Kehilangan Djourou

Johan Djourou mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan dan dia dijangka terlepas untuk beraksi pada saingan Piala Dunia.

HASRAT pemain pertahanan Switzerland, Johan Djourou untuk beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil kabur selepas dia mengalami kecederaan tengkuk pada Ahad.

Djourou yang bermain sebagai pemain gantian pada perlawanan kedua play-off antara Hamburg menentang  Greuther Furth cedera akibat dijatuhkan lawan pada minit ke-31 di Trolli Arena.

Berikutan itu, bekas pemain Arsenal berkenaan terpaksa diusung keluar dan pegawai kelab mengesahkan bahawa Djourou mengalami kecederaan.

"Perkembangan terkini mengenai Johan Djourou ialah dia telah mengalami kecederaan pada tulang tengkuk," kata Pengarah Hamburg, Oliver Kreuzer.

Jika Djourou gagal sembuh dalam tempoh terdekat, posisinya pada Piala Dunia akan diambil alih oleh pertahanan tengah wolfsburg, Timm Klose yang kini berada dalam senarai pemain tunggu sedia.

Timm Klose

Switzerland menghuni kumpulan E dan bakal dicabar oleh Ecuador pada 15 Jun.

Piala Dunia, Timm Klose

Artikel Lain