suria

Man Utd Gagal Lompat Ke Tangga Ke-4 Selepas Terikat 2-2 Dengan Cardiff

MANCHESTER UNITED sepatutnya pulang dengan tiga mata penuh tetapi jaringan pada minit kecederaan oleh pemain Korea, Kim Bo-Kyung telah membantut hasrat mereka malah merencatkan kedudukan mereka dalam liga.

Jika menang United sepatutnya menduduki tangga ke-empat.

Perlawanan di Cardiff itu penuh dengan drama kerana kelab tuan rumah enggan tunduk kepada tekanan United sebaliknya selepas Wayne Rooney menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-15, mereka menyamakan kedudukan melalui bekas pemain remaja United Frazier Campbell pada minit ke-33.

Tetapi pemain pertahanan dan kapten United, Patrice Evra menjaringkan gol yang cantik menerusi tandukan sejurus sebelum separuh masa pertama tamat menjadikan kedudukan 2-1.

Pada separuh masa kedua, permainan agak seimbang tetapi United membuat pertukaran pada minit yang ke-68 dengan mengeluarkan Adnan Januzaj dan membawa masuk Danny Welbeck.

Mereka kemudiannya membuat satu lagi pertukaran dengan memasukkan pemain veteran Ryan Giggs yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada minit ke-76 dalam usaha untuk mengubah rentak permainan.

Namun Cardiff tidak mahu mengaku kalah dan asakan demi asakan telah menyaksikan mereka akhirnya berjaya juga mencuri gol penyamaan pada masa kecederaan melalui Kim yang walaupun tidak begitu tinggi telah berjaya mencelah di antara Ferdinand dan pemain pertahanan lain untuk menanduk masuk gol.

Pada sisa masa yang masih ada United cuba untuk mencari gol kemenangan dan pada saat-saat akhir Rooney gagal menyempurnakan hantaran Giggs walaupun dia hanya berhadapan dengan menjaga gol Cardiff sahaja.

CARDIFF: Marshall 6, Theophile-Catherine 6, Caulker 6, Turner 5, Taylor 6, Cowie 6, Medel 7, Mutch 7 (Kim 77 6), Whittingham 7, Odemwingie 6 (Noone 65 6), Campbell 7 (Cornelius 84 6).

PEMAIN SIMPANAN: Hudson, Gunnarsson, Lewis, Bellamy.

GOL: Campbell 33, Kim 90.

MAN UTD: De Gea 6, Smalling 6, Ferdinand 7, Evans 6, Evra 7, Fellaini 6, Cleverley 5, Valencia 6, Rooney 7, Januzaj 6 (Welbeck 68 6), Hernandez 6 (Giggs 73 6).

PEMAIN SIMPANAN: Anderson, Lindegaard, Nani, Young, Buttner.

GOL: Rooney 15, Evra 45.

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN: Rooney.

JUMLAH PENONTON: 28,016.

STADIUM: CARDIFF CITY.

Artikel Lain