suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Turun Sebagai 'Underdog' Hadapi Singapura

KUALA TERENGGANU: Terengganu akan turun sebagai 'underdog' apabila bertemu Singapura dalam pusingan kedua pertandingan bola sepak Piala Emas Raja-raja di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini.

Pengurus pasukan Terengganu Nor Zaidi Mohamed berkata ini kerana pemain-pemain Terengganu akan berhadapan dengan penonton-penoton fanatik di republik berkenaan.

"Pemain-pemain kita masih baharu dan kurang pengalaman berbanding pemain-pemain Singapura," katanya di sini, Isnin.

Nor Zaidi berkata kunjungan Terengganu ke Singapura hanya berbekalkan jaringan 1-0 hasil kemenangan pada perlawanan pusingan pertama di Kuala Terengganu pada Sabtu.

Tambahan pula beliau berkata ketua pasukan Terengganu, Alif Hafifi tidak dapat diturunkan kerana digantung satu perlawanan selepas dilayangkan dua kad kuning.

Beliau berkata walau apapun Terengganu akan cuba memberikan tentangan kepada pasukan Singapura bagi memastikan Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir.

"Sasaran kita untuk menang ataupun seri, bagi membolehkan kita layak ke separuh akhir," katanya.

Menurut Nor Zaidi Terengganu sepatutnya menang lebih besar dalam perlawanan pusingan pertama di sini kelmarin tetapi segala peluang yang diperoleh terlepas begitu sahaja.

Beliau berkata pemain-pemain Terengganu akan bertolak ke Singapura lebih awal untuk menyesuaikan diri dengan padang tiruan di Stadium Jalan Besar. - BERNAMA

Artikel Lain