suria

British Telecom Buat Bidaan Sehingga £900 Juta Untuk Hak Eksklusif Siaran Piala Eropah

BRITISH Telecom (BT) telah membuat bidaan sehingga £900 juta untuk hak eksklusif penyiaran perlawanan-perlawanan Piala Liga Juara-Juara dan juga Liga Europa sekaligus meninggalkan dua lagi pesaing terdekatnya iaitu BSkyB dan ITV terkejut dan tergamam.

Dengan bidaan tersebut BT juga berjanji akan dapat membawa beberapa perlawanan siaran langsung khususnya yang melibatkan perlawanan antara dua kelab Inggeris secara percuma kepada umum.

Bidaan itu akan melibatkan kos sehingga £299  juta semusim untuk tiga musim berturut-turut bermula dari 2015-16.

BT sebelum ini telah pun memperolehi hak eksklusif untuk membawa siaran langsung 38 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris semusim dan berharap bidaan terbaru ini akan meningkatkan langganan dalam segmen baru seperti broadband, telefon dan perkhidmatan televisyen.

Buat masa ini, hak siaran langsung Liga Juara-Juara dikongsi antara ITV dan Sky Sports, tetapi mulai 2015 ia hanya akan menjadi hak eksklusif BT Sport.

Ketua Pegawai Eksekutif BT, Gavin Patterson berkata; "Kami di BT Sport sangat teruja kerana mulai 2015, kami akan menjadi satu-satunya penyalur yang mana para peminat bolasepak dunia akan menikmati semua siaran langsung Liga Juara-Juara dan juga Liga Europa."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain