suria

Piala Malaysia: Pahang Umum Cuti Peristiwa Isnin Ini

KUANTAN: Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di antara Pahang dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor Ahad ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keputusan membenarkan cuti peristiwa pada 4 Nov dibuat setelah mengambil kira semua perkara termasuk semangat penyokong dan rakyat negeri Pahang.

"Yang lebih penting untuk kita membolehkan penyokong yang pergi menonton di Stadium Shah Alam dapat merancang dengan baik perjalanan mereka supaya tidak tergocoh-gocoh pada malam yang sama untuk pulang. "Mungkin mereka boleh bermalam di Shah Alam atau Kuala Lumpur dan pada keesokan harinya mereka boleh beransur untuk balik, (ke Pahang)," katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pasukan Pahang dan penyokong di sini, Jumaat.

Adnan pada majlis itu turut mengumumkan kerajaan negeri bersedia menimbangkan imbuhan bagi menghargai pemain Pahang jika berjaya menjulang Piala Malaysia.

"Kita pertimbangkan untuk pemain pasukan Pahang bukan sahaja setakat kesebelasan utama tapi juga pemain simpanan dan pegawai lain yang kita akan beri satu bentuk (hadiah) ingatan kepada mereka," katanya.

Ditanya mengenai perlawanan akhir itu, Adnan menjangkakan perlawanan sengit dan berharap Pahang menang dengan skor 2-0. -BERNAMA

Artikel Lain