suria

Undian Liga Juara-Juara Eropah: Arsenal, Real & Juventus Berada Dalam Kumpulan Sukar

ARSENAL telah diundi untuk berada dalam kumpulan 'maut' Liga Juara-Juara Eropah bersama-sama naib juara musim lalu, Borussia Dortmund, Napoli yang kini diurus oleh Rafael Benitez dan Marseille.

Pengundian kumpulan yang berlangsung di Monaco lewat Khamis turut menyaksikan Celtic, diundi bersama-sama Barcelona, AC Milan dan Ajax.

Manchester City sekali lagi terpaksa berhadapan dengan Bayern Munich - juara musim lalu dan pesaing mereka di peringkat kumpulan dua tahun lalu - bersama-sama CSKA Moscow dan Viktoria Plzen.

Chelsea pula telah diundi untuk berada bersama-sama Basle, Steaua Bucharest dan Schalke dalam kumpulan yang dianggap mudah.

Bekas juara, Manchester United akan berada dalam kumpulan bersama-sama juara Ukraine, Shakhtar Donetsk, Bayer Leverkusen dan Real Sociedad.

SENARAI PASUKAN DAN KUMPULAN MASING-MASING:

KUMPULAN A:

Manchester United

Shakhtar Donetsk

Bayer Leverkusen

Real Sociedad

KUMPULAN B:

Real Madrid

Juventus

Galatasaray

FC Copenhagen

KUMPULAN C:

Benfica

Paris Saint-Germain

Olympiakos

Anderlecht

KUMPULAN D:

Bayern Munich

CSKA Moscow

Manchester City

Viktoria Plzen

KUMPULAN E:

Chelsea

Schalke

Basle

Steaua Bucharest

KUMPULAN F:

Arsenal

Marseille

Borussia Dortmund

Napoli

KUMPULAN G:

Porto

Atletico Madrid

Zenit St Petersburg

Austria Vienna

Kumpulan H:

Barcelona

AC Milan

Ajax

Celtic

Artikel Lain