suria

England Umum Skuad Untuk Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Yang Dipenuhi Pemain Man Utd

PENGURUS England, Roy Hodgson telah menamakan dua orang pemain yang belum pernah terpilih mewakili skuad kebangsaan - Andros Townsend dan Ross Barkley - ketika mengumumkan senarai pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Moldova dan Ukraine.

Townsend adalah pemain sayap Tottenham Hotspurs manakala Barkley pula adalah pemain tengah Everton.

Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang memberansangkan pada dua perlawanan pembuka musim dan layak mendapat peluang dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

England dijadualkan menentang Moldova di Wembley 6 September ini sebelum menentang Ukraine di Kiev empat hari kemudian.

Barkley, 19, menjaringkan gol untuk Everton pada perlawanan pembuka musim manakala Townsend, 22, telah bermain dengan cemerlang untuk Spurs sejak kembali dari dipinjamkan kepada QPR musim lalu.

Sementara itu pemain Liverpool, Raheem Sterling telah dinamakan di dalam skuad kebangsaan walaupun hanya sekadar bermain 18 minit sepanjang musim baru ini.

Ditanya mengenai Barkley, Hodgson berkata: "Pemain itu telah menarik perhatian saya sejak sekian lama tetapi persembahan konsistennya musim ini melayakkannya untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan."

Malah Hodgson berpendapat pemain seperti Barkley, Townsend dan Sterling mampu memberi kelainan dalam permainan dan meninggalkan impak yang besar jika diturunkan.

Para pengulas bolasepak juga menyamakan bakat Barkley menyamai apa yang pernah dimiliki oleh Paul Gascoigne dan Steven Gerrard.

Sementara itu penyerang Southampton, Rickie Lambert mengekalkan tempatnya dalam skuad kebangsaan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan pertamanya mewakili England ketika menentang Scotland baru-baru ini.

Hodgson turut menamakan penjaga gol Celtic, Fraser Forster untuk mengantikan tempat penjaga gol West Bromwich Albion, Ben Foster yang masih cedera.

Daniel Sturridge turut kembali bersama skuad kebangsaan ekoran persembahan cemerlang hujung minggu lalu dan Jermain Defoe juga disenaraikan walaupun kini bukan lagi pilihan utama di Tottenham.

Pengurus baru skuad Bawah-21 England, Gareth Southgate dalam sidang akhbar yang telah menamakan pemain sayap muda Manchester United, Wilfried Zaha untuk perlawanan kelayakan Piala Eropah menentang Moldova pada 5 September dan Finland empat hari selepas itu.

SKUAD PENUH ENGLAND:

Penjaga Gol: Fraser Forster (Celtic), Joe Hart (Manchester City), John Ruddy (Norwich City).

Pertahanan: Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), Chris Smalling (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Tengah: Ross Barkley (Everton), Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), James Milner (Manchester City), Raheem Sterling (Liverpool), Andros Townsend (Tottenham Hotspur), Theo Walcott (Arsenal), Jack Wilshere (Arsenal).

Penyerang: Jermain Defoe (Tottenham Hotspur), Rickie Lambert (Southampton), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Danny Welbeck (Manchester United), Ashley Young (Manchester United).

Artikel Lain