Jaringan Juara, Farhan Semakin Dikenali - Sukan | mStar

Jaringan Juara, Farhan Semakin Dikenali

Farhan memeluk trofi Piala FA yang dimenangi pasukan Kelantan baru-baru ini.
Farhan memeluk trofi Piala FA yang dimenangi pasukan Kelantan baru-baru ini.

MOHD Nor Farhan Muhammad antara nama yang menjadi perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air sejak kebelakangan ini selepas menjadi punca ke atas kemenangan pasukan Kelantan pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.

Gol tunggal ketika aksi menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi tersebut membawa seribu makna bukan sahaja kepada pasukan Kelantan bagi mempertahankan kejuaraan, malah kepada diri Farhan sendiri.

Pemain tengah kelahiran Terengganu ini mengakui ia merupakan salah satu saat yang bermakna buat dirinya sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Dengan aksi lincah di padang selaku penggembur benteng pertahanan lawan, pastinya Farhan bakal diintai pasukan-pasukan lain bagi musim depan.

Namun, Farhan yang bakal menyambut kehadiran anak kedua dalam tempoh terdekat ini, mengakui masih mahu bersama pasukan Kelantan yang telah banyak meraih trofi kemenangan kepada dirinya.

"Saya gembira dengan kemenangan baru-baru ini, malah lebih teruja kerana kejayaan itu adalah jaringan tunggal saya hasil bantuan rakan-rakan sepasukan.

"Ini pertama kali saya menjaringkan gol kemenangan pada final, yang mana sebelum ini turut menjaringkan gol pada aksi separuh akhir pada Piala Malaysia tahun lalu.

"Sukar digambarkan bagaimana perasaan ketika itu, dan saya akan jadikan sebagai semangat untuk bermain dengan lebih baik lagi.

"Paling penting, saya sedar tuah kejayaan saya bersama Kelantan kerana pelbagai trofi yang saya julang, dan ia tidak berlaku ketika saya bersama pasukan lain," jelasnya kepada mStar Online.

Dengan aksi cemerlang itu, Farhan telah disenaraikan bagi menyertai sesi latihan dan pemilihan skuad negara.

"Saya sangat teruja dan akan bekerja keras serta memberi sepenuh perhatian dalam meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.

"Ini kerana saya turut dipanggil oleh ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi menjalani latihannya.

"Ia satu peluang yang baik bagi saya dan pastinya akan guna sebaik mungkin. Bukan mudah untuk memikat hati jurulatih kebangsaan itu.

"Apa yang pasti saya akan cuba merebut tempat sekaligus dapat menyarung jersi kebangsaan.

"Sebelum ini saya turut dipanggil tetapi hanya beraksi untuk perlawanan persahabatan sahaja," jelas Farhan yang meminati lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.

Anak ketiga daripada lima orang adik beradik ini mula aktif bermain bola sepak secara serius sejak remaja lagi dengan menyertai pasukan Piala Presiden Terengganu.

Selepas itu, Farhan dipilih menyertai pasukan Terengganu pada tahun 2005-07 sebelum bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2007-08.

Setahun bersama PDRM, Farhan dipancing pasukan Kelantan pada tahun 2009-10 dan berpindah ke T-Team.

Namun setahun selepas itu Farhan kembali menyertai pasukan The Red Warriors sehingga kini.

Farhan yang memakai jersi no.10 ini juga pernah menyertai pasukan Malaysia Bawah 23 tahun pada tahun 2006.

Profil

Nama penuh: Mohd Nor Farhan Muhammad

Tarikh lahir: 19 Disember 1984

Asal :Terengganu

Kelab terkini: Kelantan

No. jersi: 10

Karier:

2001-2004 - Piala Presiden (Terengganu)

2005-2007 - Terengganu

2007-2008 - PDRM FA

2009-2010 - Kelantan

2011-2012-T-Team

2012- Kelantan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain