suria

Moyes Mulakan Tugas Dengan Manchester United

DAVID Moyes pada Isnin secara rasmi memulakan tugas sebagai pengurus Manchester United, mengambil alih tugas tersebut daripada Alex Ferguson, yang meletak jawatan pada Mei lalu.

Bekas pengurus Everton berusia 50 tahun itu dilihat memandu ke Carrington, tempat latihan United menggunakan Chevrolet yang ditaja kira-kira pukul 8.00 pagi dan berhenti sebentar sebelum palang sekatan keselamatan dibuka dan kemudian menuju ke tempat kerja.

Tidak lama selepas ketibaan Moyes, kelab itu mengesahkan satu lagi perkongsian serantau - dengan syarikat telekomunikasi terkemuka Thailand, True Corporation Plc.

True akan menjadi penaja bersekutu untuk pembukaan perlawanan jelajah United menentang Singha All Stars di Bangkok pada 13 Julai - yang mana ia menjadi tanggungjawab pertama Moyes.

Pegawai kelab juga mengesahkan pelantikan Steve Round sebagai penolong pengurus, Chris Woods sebagai jurulatih penjaga gol dan Jimmy Lumsden sebagai jurulatih.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain