Hamilton meraih petak pertama perlumbaan Formula Satu GP China buat kali pertama untuk pasukan Mercedes.PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton meraih petak pertama bagi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix China yang berlangsung di Shanghai selepas mengungguli aksi kelayakan pada Sabtu.Hamilton mencatat 1:34.484 , diikuti pelumba Lotus, Kimi Raikkonen dan tempat ketiga Fernando Alonso (Ferrari). Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg meraih kedudukan keempat, Felipe Massa dari Ferrari di tempat kelima.Seorang lagi pelumba Lotus, Romain Grosjean berada di petak keenam.Petak ke-7 diraih Daniel Ricciardo (Toro Rosso), dan kelapan, Jensen Button (McLaren).Sementara itu, pusingan kelayakan ini menyaksikan aksi perlahan pasukan Red Bull selepas pelumba mereka, Sebastian Vettel hanya meraih petak kesembilan, manakala rakan sepasukannya, Mark Webber berada di kedudukan ke-14.Hamilton yang meraih gelaran juara dunia 2008 mempamerkan aksi pantas untuk pasukan Mercedes buat kali pertama dan kali ke-27 dalam kariernya.KEDUDUKAN PETAK PELUMBA SELEPAS PUSINGAN KELAYAKAN FORMULA SATU GP CHINA, AHAD:1. Lewis Hamilton- Mercedes2. Kimi Raikkonen - Lotus3. Fernando Alonso - Ferrari4.Nico Rosberg - Mercedes75. Felipe Massa - Ferrari6. Romain Grosjean - Lotus7.Daniel Ricciardo - Toro Rosso8.Jenson Button - McLaren9.Sebastian Vettel- Red Bull10.Nico Hulkenberg- Sauber11.Paul Di Resta-Force India 12.Sergio Perez - McLaren13.Adrian Sutil- Force India14.Mark Webber- Red Bull15.Pastor Maldonado- Williams16.Jean-Eric Vergne-Toro Rosso 17.Valtteri Bottas- Williams18.Esteban Gutierrez- Sauber19.Jules Bianchi- Marussia20.Max Chilton-Marussia 21.Charles Pic- Caterham22.Giedo van der Garde-Caterham