suria

Malaysia-Pakistan Bakal Anjur Hoki Dua Hala

NEW DELHI: Pakistan berharap siri hoki dua hala yang sedang dirancang dengan Malaysia dapat dilaksana dalam masa terdekat.

Presiden Persekutuan Hoki Pakistan Qasim Zia berkata perbincangan dengan Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) mengenai perkara itu berjalan seperti yang dirancang.

"Kami juga berhubung dengan persatuan hoki negara lain. Bagaimanapun masih ada kebimbangan mengenai isu keselamatan yang menghalang pasukan antarabangsa datang ke Pakistan," katanya dipetik akhbar harian Pakistan, The Nation.

Menurutnya tumpuan utama mereka ialah kejohanan dunia tahun depan dan pasukan Pakistan akan berlepas ke Malaysia bagi menghadapi saingan kelayakan.

Mengulas prestasi pasukan ketika kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, beliau berkata Pakistan berpuas hati dengan persembahan pemain muda mereka.

Pakistan yang merehatkan kebanyakan pemain tonggak mengakhiri saingan itu di tempat terakhir daripada enam pasukan yang bertanding. -BERNAMA

Artikel Lain