Piala Axiata: Perseorangan Negara Terus Pamer Aksi Hambar - Sukan | mStar

Piala Axiata: Perseorangan Negara Terus Pamer Aksi Hambar

KUALA LUMPUR: Malaysia sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Indonesia pada saingan ketiga peringkat kumpulan pada Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton DBL Arena Surabaya, Indonesia pada Sabtu.

Keputusan itu menyaksikan barisan skuad negara terus dibelenggu sindrom kekalahan selepas mencatat sama dengan Thailand, semalam.

Perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi sekali lagi kecundang dalam misi mengutip mata pertama apabila kalah kepada Belaetrik Manuputi dengan keputusan 21-10, 21-18.

Perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng juga tumpas kepada Tommy Sugiarto, 21-16, 21-11.

Biarpun terpaksa bekerja keras, beregu campuran negara, Chang Peng Soon/Goh Liu Yeng menyelamatkan maruah negara apabila mengatasi pasangan Muhammad Rijal/Debby Susanto, 18-21, 21-16, 21-18.

Pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong pula mengekalkan rentak kemenangan dengan menumbangkan Hendra Setiawan/ Rian Agung Saputro dengan kutipan mata 21-12, 26-24.

Malaysia akan beraksi menentang pasukan Pilihan Eropah esok sebelum bertemu Singapura di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, pada 29 Mac ini.

Negara lain yang turut beraksi pada kejohanan itu ialah Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Pilihan Asia dan Pilihan Eropah.

Piala Axiata 2013 menawarkan hadiah lumayan dengan juara akan membawa pulang US$400,000 (RM1.24 juta) dan naib juara US$200,000 (RM620,000).

Pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal menerima habuan US$150,000 (RM465,000) dan US$100,000 (RM310,000). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain