Shabery Minta FAM Kaji Semula Sistem Pengadilan Bola Sepak - Sukan | mStar

Shabery Minta FAM Kaji Semula Sistem Pengadilan Bola Sepak

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengkaji semula mutu pengadilan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pasukan dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata ramai pihak kini rancak mempertikaikan kualiti pengadil musim ini selepas ramai pemain dilayangkan kad merah sehingga memaksa sesetengah pihak termasuk penyokong mengeluarkan kenyataan mengkritik FAM.

"Saya bimbang sekiranya terlalu ramai pemain yang dilayangkan kad merah hanya kerana berlaku sedikit kesilapan, selepas ini tidak ada lagi pemain yang ingin menyertai saingan liga berkenaan," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Resort World Kijal di sini.

Shabery berkata pihaknya tidak mempertikaikan keputusan pengadil dalam sesuatu perlawanan tetapi ingin mahu FAM melihat semula kualiti sistem pengadilan secara menyeluruh.

Sejak akhir-akhir ini, kualilti pengadil dalam saingan Liga Malaysia musim ini semakin menjadi perhatian apabila keputusan mereka dalam beberapa perlawanan sering menimbulkan rasa tidak puas hati pasukan dan penyokong. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

TMJ Digantung 6 Bulan, Denda RM18,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain