suria

Nicol Kalah Kepada Massaro Pada Perlawanan Kedua Kumpulan

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David yang baru dimahkotakan sebagai juara dunia kalah kepada pesaing utamanya dalam perlawanan kedua kumpulan dalam kejohanan Siri Dunia Akhir di London, Khamis.

Dalam pertandingan yang berlangsung di The Queens Club itu, pemain dari England, Laura Massaro berada pada tahap terbaik permainan sekali gus mengatasi Nicol dalam saingan sengit 12-10, 11-9 dalam masa 29 minit.

Massaro kini mendahului Kumpulan A dengan dua kemenangan.

Pada satu lagi perlawanan Kumpulan A, pemain dari Belanda Natalie Grinham memperoleh kemenangan pertama setelah mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 14-12, 11-4 dalam masa 24 minit.

Grinham akan bertemu Nicol dalam perlawanan kumpulan akhir, Jumaat. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain