suria

Liga Juara-Juara: Aksi Man City Berakhir, Seri 1-1 Dengan Real

Aguero kecewa biarpun berjaya menyamakan kedudukan seri pada aksi bertemu Real Madrid, khamis.
Aguero kecewa biarpun berjaya menyamakan  kedudukan seri pada aksi bertemu Real Madrid, khamis.
Aguero kecewa biarpun berjaya menyamakan kedudukan seri pada aksi bertemu Real Madrid, khamis.

SEPAKAN penalti Sergio Aguero pada minit ke-73 tidak cukup menyelamatkan kedudukan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) Kumpulan D selepas hanya meraih seri 1-1 bertemu Real Madrid di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Real Madrid mara ke pusingan kedua (16 pasukan) selepas mengecewakan Man City dengan keputusan tersebut.

Gol tunggal Real Madrid dijaringkan seawal minit ke-10 perlawanan melalui Karim Benzema.

Bagaimanapun City masih berpeluang untuk menamatkan di kedudukan ketiga bagi mencerahkan peluang ke Liga Europa musim depan sekiranya mereka mampu menewaskan Dortmund, manakala Real menewaskan Ajax pada perlawanan terakhir kumpulan nanti.

"Keputusan yang teruk. Kami telah melakukan kesilapan dan saingan kumpulan sangat sukar.

"Kami memulakan aksi dengan tewas di saat akhir di Madrid sekaligus memberi kedudukan yang lebih rumit.

"Saya jangkakan Real dan Dortmund akan mara kerana mereka bermain lebih baik daripada kami," jelas Mancini.

Senarai pemain:

Manchester City: Hart, Maicon, Zabaleta, Kompany, Nastasic, Kolarov, Yaya Toure, Silva, Nasri, Dzeko, Aguero; (simpanan): Pantilimon, Lescott, Milner, Javi Garcia, Barry, Sinclair, Tevez

Real Madrid: Casillas, Arbeloa, Pepe, Ramos, Coentrao, Khedira, Xabi Alonso, Di Maria, Modric, Ronaldo, Benzema; (simpanan): Adan, Varane, Albiol, Nacho, Kaka, Ozil, Callejon

KEDUDUKAN KUMPULAN D

1. Borussia Dortmund 11 mata

2.Real Madrid 8

3. Ajax 4

4. Manchester City 3

Artikel Lain