suria

Liga Juara-Juara: Celtic Tewaskan Barcelona 2-1

Messi menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika bertemu Celtic, Khamis.
Messi menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika bertemu Celtic, Khamis.
Messi menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika bertemu Celtic, Khamis.

PASUKAN Celtic melakukan kejutan dengan menewaskan Barcelona 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara bagi Kumpulan G, awal pagi Khamis.

Celtic mengambil masa 21 minit untuk melakukan jaringan melalui Victor Wanyama, manakal gol kedua dilakukan oleh Tony Watt minit ke-83.

Gol tunggal Barca dilakukan oleh Lionel Messi pada minit terakhir perlawanan.

Kemenangan ini dianggap sebagai hadiah bermakna sempena sambutan 125 tahun Celtic minggu ini selepas ditubuhkan pada tahun 1887.

Keputusan ini sekaligus membuka ruang buat Celtic untuk mara ke kelompok 16 pasukan pusingan kalah mati selepas ini.

Skuad kendalian Neil Lennon ini turut manjadi pasukan kedua menewaskan Barcelona selepas Real Madrid musim ini.

Celtic kini menghuni tangga kedua kumpulan dengan 7 mata, di belakang Barcelona (9 mata), diikuti Benfica (4 mata) dan Spartak Moscow (3 mata).

Celtic bakal meneruskan baki dua perlawanan kumpulan bertemu Benfica (20 Nov) dan Spartak Moscow 5 Disember ini.

Senarai pemain:

Celtic: Forster; Lustig, Ambrose, Wilson, Matthews; Commons, Wanyama, Ledley, Mulgrew; Miku, Samaras..(Simpanan): Załuska, Fraser, McCourt, Herron, Kayal, McGeouch, Watt.

Barcelona: Valdés, Alves, Bartra, Mascherano, Alba, Xavi, Song, Iniesta, Alexis, Messi, Pedro.(Simpanan): Pinto, Piqué, Montoya, Fàbregas, Dos Santos, Villa, Tello.

KEDUDUKAN KUMPULAN G

1.FC Barcelona 9

2.Celtic 7

3.Benfica 4

4.Spartak Moscow 3

Artikel Lain