suria

Liga Juara-Juara: Laluan City Semakin Sukar

Aguero kecewa selepas pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Ajax, Khamis.
Aguero kecewa selepas pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Ajax, Khamis.
Aguero kecewa selepas pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Ajax, Khamis.

PASUKAN Manchester City sekadar mengikat seri 2-2 pada saingan Liga Juara-Juara bagi Kumpulan D bertemu Ajax di Stadium Etihad awal pagi Khamis.

Skuad kendalian Roberto Mancini itu hanya hanya mencatat dua mata keseluruhan selepas mengutip dua seri dan dua kalah sekaligus meletakkan skuad itu di tangga paling bawah kumpulan.

Pada aksi awal pagi ini, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal Ajax pada minit ke-10 dan 17 melalui penyerangnya,De Jong.

Namun City bangkit mengejar kedudukan pada minit ke-22 menerusi Yaya Toure sebelum Sergio Aguero menyamakan keputusan pada minit ke-74.

Keputusan ini ternyata sukar buat City untuk mara ke kelompok 16 pasukan selepas ini dan hanya kemenangan ke atas dua lagi perlawanan sahaja mampu mengubah kedudukan mereka.

Selepas ini City bakal berdepan dengan Real Madrid (21 November) yang kini mencatat tujuh mata.

Manakala satu lagi perlawanan pada 4 Disember ini menentang pasukan teratas kumpulan, Borrusia Dortmund (lapan mata).

Senarai pemain:

Man City: Hart, Zabaleta, Kompany, Nastasic, Clichy, Garcia, Barry, Yaya Toure, Nasri, Tevez, Aguero. (simpanan) Pantilimon, Kolarov, Meppen Walters, Dzeko, Sinclair, Balotelli.

Ajax: Vermeer, Van Rhijn, Moisander, Alderweireld, Blind, Schone, Poulsen, De Jong, Boerrigter, Eriksen, Babel. (simpanan): Cillessen, Veltman, Denswil, Dijks, Enoh, Sana, Fischer.

Kedudukan Kumpulan D

1.Borussia Dortmund 8 mata

2.Real Madrid 7

3.Ajax 4

4.Manchester City 2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain