suria

Kapten United Nemanja Vidic Masih Belum Pulih

MANCHESTER UNITED yang kini berhadapan dengan barisan pertahanan yang rapuh menerima satu lagi berita buruk - kapten mereka, Nemanja Vidic tidak akan kembali bermain sehingga menjelang Krismas nanti.

Pemain pertahanan Manchester United itu telah pun berehat panjang selama enam bulan musim lalu kerana kecederaan lutut.

Dia kembali dalam perlawanan pembukaan musim ini tetapi kemudiannya hanya sempat bermain lima perlawanan sahaja sebelum cedera lagi September lalu.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson sendiri mengesahkan yang Vidic, 31, tidak mungkin sempat pulih sebelum Krismas.

Dalam pada itu, United bersiap sedia untuk menerima kembali Chris Smalling dan Phil Jones dalam barisan utama mereka selepas kedua-dua pemain pertahanan itu mengalami kecederaan yang panjang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain