suria

Iniesta Ketepikan Messi, Ronaldo Untuk Raih Pemain Terbaik Eropah

Iniesta menjadi pilihan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim lalu.
Iniesta menjadi pilihan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim lalu.
Iniesta menjadi pilihan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim lalu.

PEMAIN Barcelona, Andres Iniesta mengetepikan rakan sepasukannya, Lionel Messi dan penyerang Real Madrid, Christiano Ronaldo selepas dipilih sebagai Pemain Terbaik Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA)di Eropah musim lalu.

Iniesta,28, memenangi gelaran ini sekaligus merampas gelaran yang dinobat kepada Messi sebelum ini.

Pemain tengah ini juga turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik berdasarkan kejayaan pasukan Sepanyol pada Euro 2012.

"Tanpa rakan sepasukan saya di Sepanyol dan Barcelona, saya tidak akan mendapat gelaran individu ini," jelas Iniesta.

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain