suria

Real Madrid Julang Gelaran Pertama, Tewaskan Barcelona

Ronaldo bersama trofi Piala Super Sepanyol selepas turut menjaringkan gol kemenangan untuk Real Madrid.

JARINGAN Gonzalo Higuain dan Cristiano Ronaldo pada separuh masa pertama membolehkan Real Madrid kalahkan Barcelona 2-1 bagi merebut trofi Piala Super Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.

Selepas permainan pertama di Camp Nou minggu lalu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Barca 3-2, Real Madrid merebut kejuaraan itu menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan selepas agregat terikat 4-4.

Permainan rancak pada separuh masa pertama apabila Lionel Messi menjaringkan gol pada minit ke-44 selepas Adriano dilayangkan kad merah kerana mengkasari Ronaldo.

Kemenangan ini sekaligus memberi semnagat baru kepada anak buah Jose Mourinho untuk membaiki kedudukan yang kini berada di tangga kelima di belakang Barca dalam saingan pendahulu La Liga Sepanyol.

Aksi ini juga turut menyaksikan Luka Modric yang baru dibeli dari Tottenham Hotspur nyaris membuahkan satu gol untuk Real Madrid.

Artikel Lain