suria

Modric Akhirnya Jadi Milik Real Madrid

Impian Modric untuk bermain dengan Real Madrid akhirnya tercapai.
Impian Modric untuk bermain dengan Real Madrid akhirnya tercapai.
Impian Modric untuk bermain dengan Real Madrid akhirnya tercapai.

LUKA Modric akhirnya bergelar pemain Real Madrid dengan kontrak lima tahun selepas Tottenham Hotspur 'melelong' pemain itu dengan harga £26.9 juta (RM132 juta) pada lewat petang Ahad.

Nilai harga itu jauh berbeza dengan harga yang ditawarkan oleh pengerusi Spurs, Daniel Levy sebelum ini yang meletakkan harga Modric sebanyak £35 juta (RM172 juta).

Tindakan menerima tawaran Real Madrid ini adalah kerana Spurs berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan pemain baru sebelum jendela perpindahahan pemain akan ditutup Jumaat ini.

Penjualan ini dijangka akan membantu kelab mendapatkan pemain baru dari Shakhtar Donetsk, Willian dan Leandro Damiao (Internacional).

Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas mahu mendapatkan sekurang-kurangnya tiga orang pemain sebelum musim perpindahan ditutup tidak lama lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain