suria

Sukan Paralimpik: Jalur Gemilang Megah Di London

LONDON: Jalur Gemilang bersama bendera lima lagi negara dinaikkan pada satu majlis ringkas sempena temasya Sukan Paralimpik ke-14 London di sini, Ahad.

Selain Malaysia, turut diraikan oleh Datuk Bandar Perkampungan Sukan Paralimpik, Tony Sainsbury ialah peserta dari Korea Selatan, Laos, Nigeria dan Singapura.

Mewakili Malaysia ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, selaku ketua kontinjen Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong.

Perkampungan Sukan Paralimpik yang terletak di Stratford dekat sini bersedia untuk menerima lebih 4,000 orang atlet dari 166 negara peserta.

Acara menaikkan bendera itu dimulakan dengan satu persembahan teater muzikal bagi meraikan kehadiran para atlet.

Kontinjen Malaysia seramai 23 atlet tiba di sini sejak Rabu lepas bagi membuat latihan penyesuaian.

Acara perasmian rasmi edisi ke-14 temasya Sukan Paralimpik akan berlangsung pada 29 Ogos ini. - BERNAMA

Artikel Lain