Polis Soal Siasat Sepupu Pemain England Darrent Bent - Sukan | mStar

Polis Soal Siasat Sepupu Pemain England Darrent Bent

SEPUPU kepada pemain antarabangsa England, Darrent Bent telah ditahan untuk disoal-siasat oleh polis selepas dia disyaki mencuri wang tunai dan barang perhiasan daripada mayat yang menjadi mangsa jenayah.

Sepupunya itu, Richard Bent, 28, adalah seorang konstabel polis.

Kes tersebut menjadi bualan ramai dan mendapat liputan meluas media massa Britain.

Pihak polis juga kini turut menyiasat beberapa kes kecurian barang di stesen polis di mana Richard bertugas.

Dan kini penyerang Aston Villa itu turut disoal-siasat oleh polis untuk membantu melengkapkan kertas siasatan.

Darrent Bent turut terheret ke dalam siasatan kes tersebut selepas sepupunya itu mendakwa kesemua barangan berharga yang ditemui di dalam simpanannya adalah pemberian pemain bolasepak itu.

Kedua-dua mereka diketahui sangat rapat tetapi Bent dikatakan tidak mengetahui mengenai tabiat mencuri sepupunya itu.

Laporan akhbar The Sun Britain menyebut, pasukan penyiasat telah menemui beberapa barangan berharga dalam simpanan Richard ketika mereka menyerbu flatnya yang berharga £350,000 baru-baru ini.

Bagaimanapun Richard menafikan kesemua barangan berharga tersebut sebagai barangan curi sebaliknya mengatakan ia adalah pemberian sepupunya, Darren Bent.

Namun, Bent yang memperolehi gaji dan imbuhan sebanyak £65,000 seminggu sebagai pemain bolasepak dikatakan terkejut dengan dakwaan itu dan memberi jaminan akan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa.

Richard yang bermastautin di Selatan London dikatakan sangat mengemari pakaian dan jam berjenama telah ditahan pada 13 Julai lalu dan kini dibebaskan atas jaminan polis sehingga Oktober depan.

Sebagai anggota polis, dia menerima gaji tahunan sebanyak £35,000.

Darren, 28, pula telah mewakili England sebanyak 13 kali dan sebelum menyertai Aston Villa pernah bermain untuk kelab Ipswich Town, Tottenham Hotspurs, Charlton Athletic dan Sunderland.

Darrent Bent , Richard Bent , Aston Villa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Senarai 11 ahli PKR umum keluar parti

Azmin, Zuraida dipecat daripada PKR