suria

Sukan Olimpik: Atlet China Bidik Emas Pertama

LONDON: Penembak wanita China, Yi Siling, membidik pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012 London apabila memenangi acara 10m Air Rifle di lapang sasar Royal Military Barracks di sini, Sabtu.

Penembak nombor satu dunia berusia 23 tahun itu berjaya mengekalkan status sebagai pilihan utama dengan mencatatkan 502.9 mata, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat Sylwia Bogacka dari Poland yang mengumpul 502.2 mata.

Manakala pingat gangsa menjadi milik seorang lagi penembak China, Yu Dan, dengan catatan 501.5 mata.

"Saya amat teruja dan gembira...Saya menceburi sukan ini sejak berusia 13 tahun lagi," kata Yi, selepas menerima pingat emas daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge.

Wakil tunggal Malaysia, Nur Suryani Mohd Taibi, hanya mampu menduduki tangga ke-34 dengan catatan 392 mata, sekali gus gagal mara ke pusingan akhir. -BERNAMA

Artikel Lain