Nasri Digantung Tiga Aksi Antarabangsa - Sukan | mStar

Nasri Digantung Tiga Aksi Antarabangsa

Aksi menunjukkan isyarat diam selepas pada aksi Euro 2012 baru-baru ini.
Aksi menunjukkan isyarat diam selepas pada aksi Euro 2012 baru-baru ini.

PEMAIN Perancis, Samir Nasri digantung tiga perlawanan antarabangsa oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFA).

Pemain tengah Manchester City ini menimbulkan kontroversi bersama media ketika kempen Euro 2012 di Poland dan Ukraine baru-baru ini,

Dia juga turut dilaporkan telah menunjukkan isyarat 'diam' kepada penolong jurulatih England, Gary Neville sebaik kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D.

Nasri tidak akan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang juara Amerika Selatan, Uruguay (14 Ogos) di Le Havre serta dua lagi aksi bertemu Finland (9 September) dan Belarus pada 13 Sept.

Seorang lagi rakan Nasri, Jeremy Menez yang beraksi bersama Paris Saint-Germain digantung satu perlawanan selepas bertegang urat dengan pengadil (Nicola Rizzoli) dan kaptennya sendiri, Hugo Lloris.

Bagaimana pun, Hatem Ben Arfa dan Rennes terselamat daripada sebarang hukuman.

Mereka berdua turut dibicarakan gara-gara tidak menunjukkan hormat kepada jurulatih pasukan, Laurent Blanc dan tidak bersalam ketika dikeluarkan pada aksi suku akhir bertemu Sepanyol.

Artikel Sebelum

Malaysia Atasi Skuad B-22 Indonesia 6-0

Artikel Berikut

Norwich Ikat Snodgrass Tiga Tahun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain