Buru Emas Pertama Malaysia Bermula - Sukan | mStar

Buru Emas Pertama Malaysia Bermula

LONDON: Selepas perasmian Sukan Olimpik 2012 London, buruan kilauan emas pertama Malaysia bermula di kota London pada Sabtu apabila tujuh emas ditawarkan pada hari pertama temasya berprestij itu.

Bagaimanapun, atlet Malaysia akan berusaha dalam dua acara emas iaitu menembak dan berbasikal.

Penembak wanita Nuryani Mohd Taibi, yang mengandung lapan bulan, akan mengambil bahagian dalam acara 10m Air Rifle di lapang sasar Royal Military Barracks manakala Adiq Husaini Othman dan Amir Mustafa Rusli akan berentap dalam acara lebuh raya sejauh 250km di sekitar bandar raya ini.

Sejak penampilan sulung Malaysia pada Sukan Olimpik di Melbourne, Australia pada 1956, sukan menembak dan berbasikal tidak pernah menyumbang pingat melainkan dua butir perak dan dua gangsa menerusi acara badminton.

Trio pemanah negara Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad akan membuka tirai Malaysia dalam acara recurve berpasukan.

Trio negara itu menduduki tangga ke-10 daripada 12 pasukan pada pusingan ranking Jumaat di Padang Kriket Lord dan akan berdepan dengan pasukan tangga ketujuh, Mexico pada pusingan penyingkiran Sabtu.

Di Arena Wembley, pemain pilihan utama Datuk Lee Chong Wei, yang menjadi sandaran emas pertama negara, akan memulakan saingan acara badminton dengan menentang pemain Finland, Lang Ville pada perlawanan Kumpulan A.

Beregu utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heng, yang menduduki ranhking kelapan dunia, akan menentang beregu ranking ke-11 dunia dari Jepun, Naoki Kawamae/Shoji Sato.

Manakala beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying akan menentang gandingan Taiwan, Chen Hung Ling/Chen Wen Hsing.

Pemain badminton wanita sulung negara, Tee Jing Yi akan bertemu dengan pemain Korea Selatan, Yeon Ju Bae.

Tujuh butir emas esok ditawarkan dalam acara memanah, berbasikal, lawan pedang, judo, menembak, renang dan angkat berat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain