suria

Dakwaan Bersikap Perkauman: Terry Tidak Bersalah

LONDON: Bekas kapten England, John Terry didapati tidak bersalah pada Jumaat atas dakwaan bersikap perkauman terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.

Terry yang juga kapten Chelsea, 31, tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.

Dia berada di Mahkamah Majistret Westminster ketika ketua majistret, Howard Riddle membaca keputusan kes.

Kes berprofil tinggil itu memberi tumpuan kepada penggunaan kata-kata kesat daripada kedua-dua pemain semasa perlawanan EPL yang mencetuskan peletakan jawatan pengurus England, Fabio Capello, Februari lalu ekoran Persatuan Bola Sepak memutuskan untuk melucutkan jawatan kapten Terry pada Euro 2012.

Terry menafikan yang dia telah melakukan kesalahan kerana melemparkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Ferdinand ketika Chelsea bertandang ke padang QPR di Loftus Road.

Walaupun, dalam keterangan Terry mengakui ada menggunakan kata-kata kesat, namun dia tetap dengan pendiriannya bahawa dia sekadar bersikap sinis terhadap Ferdinand yang tersalah anggap dengan apa yang dikatakannya.

Artikel Berikut

Artikel Lain