suria

AC Milan Sedia Lepaskan Ibrahimovic, Silva

Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic

AC Milan dilaporkan menerima tawaran Paris St-Germain (PSG) bagi dua pemainnya, Zlatan Ibrahimovic dan Thiago Silva.

Menurut laporan akhbar Perancis pada pagi Rabu, L'Equipe, PSG merancang untuk membuat tawaran bagi kedua-dua pemain tersebut.

Dan selepas itu, Sky Sports 24 (Itali) melaporkan tawaran itu telah diterima dan dipercayai bernilai sekitar USD65 juta (RM206.4 juta).

Agen Ibrahimovic, Mino Raiola dijangka akan bertemu dengan Naib Presiden Milan, Adriano Galliani mengenai potensi perpindahan ini.

Pemain antarabangsa Sweden berusia 30 tahun itu masih lagi mempunyai baki kontrak sehingga 2015, manakala pemain Brazil, Silva sehingga musim panas 2017.

Pasukan Milan mempunyai perancangan tersendiri membina kembali pasukan mantap selepas menamatkan di tangga kedua Serie A musim lalu.

Sebelum ini mereka telah mengikat Riccardo Montolivo (Fiorentina) dan Bakayer Traore (Nice) bersama pemain veteran, Alessandro Nesta, Mark van Bommel, Gianluca Zambrotta, Filippo Inzaghi, Clarence Seedorf dan Gennaro Gattuso yang kesemuanya dari San Siro.

Manakala PSG yang baru dibeli oleh pelabur baru Qatari Mei lalu telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mendapatkan pemain-pemain baru.

Musim ini juga PSG turut mengikat pemain Napoli Ezequiel Lavezzi dengan harga 30 juta euro (RM117 juta).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain