suria

Sepanyol Juara Euro 2012, Tewaskan Itali 4-0

Torres (kiri), Mata (tengah) bersama Sergio Ramos menjulang trofi selepas dinobatkahn jura Euro 2012.
Torres (kiri), Mata (tengah) bersama Sergio Ramos menjulang trofi selepas dinobatkahn jura Euro 2012.
Torres (kiri), Mata (tengah) bersama Sergio Ramos menjulang trofi selepas dinobatkahn jura Euro 2012.

PASUKAN Sepanyol mencatat sejarah menjadi negara pertama menjualang trofi Euro berturut-turut selepas menewaskan Itali 4-0 pada aksi akhir Euro 2012 di Stadium Olimpik, Kiev awal pagi Isnin.

Pada aksi empat tahun lalu, pasukan kendalian Vicente del Bosque turut meraih trofi dengan mengalahkan Jerman 1-0.

Skuad La Roja bermula dengan garang menyerang kubu pertahan pasukan Itali sehingga membuahkan hasil jaringan pembukaan melalui tandukan David Silva pada minit ke-14 permainan.

Itali tidak mempamerkan permainan rancak seperti mana ketika menewaskan Jerman pada aksi separuh akhir beberapa hari lalu dan gagal mencari sebarang gol.

Gol kedua permainan dijaringkan oleh Jordi Alba empat minit sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Aksi separuh masa kedua Sepanyol terus melakukan serangan dan pemain gantian, Fernando Torres menambah derita Itali apabila menjadikan keputusan 3-0.

Tidak cukup dengan keputusan itu, rakan sepasukan Torres di kelab Chelsea, Juan Mata memgukuhkan kedudukan dengan keputusan 4-0 pada minit ke-88.

Senarai pemain:

Sepanyol:

Casillase, Ramos, Alba, Busquets, Xavi, Alonso, Iniesta, Silva, Fabregas.

Itali:

Buffon, Abate, Barzagli, Bonucci, Chiellini, Pirlo, Marchisio, De Rossi, Montolivo, Cassano, Balotelli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Tunggu Aduan Rasmi Kafa

Artikel Lain