suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Tawar Porto £25 Juta Untuk Joao Moutinho

MANCHESTER UNITED kini dipercayai telah menawarkan £25 juta untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Portugal Joao Moutinho.

Menurut akhbar The Sun UK, United telah membuat inkuari mengenai kemungkinan menandatangani pemain itu daripada kelabnya Porto.

United membuat inkuari itu selepas bosan dengan sikap Tottenham Hotspur yang meletakkan harga yang tidak munasabah ke atas Luka Modric.

Akhbar yang sama telah melaporkan bulan sudah bahawa Modric menjadi sasaran utama bos United, Sir Alex Ferguson tetapi usaha itu tidak memperlihatkan sebarang progres selepas Spurs meletakkan harga sehingga £40 juta ke atas leher pemain tengah mereka itu.

Jika urusan mendapatkan khidmat Moutinho, 25, menjadi kenyataan, beliau bakal mengikuti jejak Ronaldo, Nani dan Anderson yang selepas menyertai United dari Portugasl telah menjadi bintang ternama.

Artikel Sebelum

Artikel Lain