suria

Euro 2012: Aksi Dramatik Poland-Greece, Seri 1-1

Salpigidis (kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika aksi menentang Poland bagi Kumpulan A Euro 2012.
Salpigidis (kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika aksi menentang Poland bagi Kumpulan A Euro 2012.
Salpigidis (kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika aksi menentang Poland bagi Kumpulan A Euro 2012.

PASUKAN Greece mengikat kedudukan 1-1 dengan tuan rumah, Poland pada aksi pembukaan Kumpulan A, Euro 2012 awal pagi Sabtu.

Poland berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-17 melalui Robert Lewandowski di hadapan 56,826 penonton yang hadir.

Pun begitu aksi sengit babak kedua bermula selepas Greece menyamakan kedudukan minit ke-51 dengan jaringan cantik Dimitris Salpigidis.

Kedua-dua pasukan ini meraih seri selepas aksi dramatik dengan dua kad merah dikeluarkan oleh pengadil Carlos Velasco kepada pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos dua minit sebelum babak pertama tamat kerana mengutip dua kad kuning.

Manakala satu lagi kad merah dilayangkan kepada penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny kerana menjatuhkan Dimitris Salpingidis di kawasan kotak penalti pada minit ke-68.

Peluang Greece menambah gol gagal dilaksanakan apabila sepakan penalti yang dilakukan oleh kapten pasukan, Giorgos Karagounis, diselamatkan oleh penjaga gol gantian tuan rumah, Przemyslaw Tyton.

Perlawanan berakhir seri 1-1 dengan sepuluh pemain setiap pasukan.

Senarai pemain

Poland:

1-Wojciech Szczesny; 20-Lukasz Piszczek, 13-Marcin Wasilewski, 15-Damien Perquis, 2-Sebastian Boenisch; 16-Jakub Blaszczykowski, 7-Eugen Polanski, 11-Rafal Murawski, 8-Maciej Rybus; 10-Ludovic Obraniak; 9-Robert Lewandowski

Greece:

1-Kostas Chalkias; 15-Vasilis Torosidis, 8-Avraam Papadopoulos, 19-Sokratis Papastathopoulos, 20-Jose Holebas; 2-Giannis Maniatis, 21-Kostas Katsouranis, 10-Giorgos Karagounis; 18-Sotiris Ninis, 17-Fanis Gekas, 7-Giorgos Samaras

Artikel Lain