Ahmad Shabery Optimis Chong Wei Mampu Rangkul Emas Olimpik London - Sukan | mStar

Ahmad Shabery Optimis Chong Wei Mampu Rangkul Emas Olimpik London

TANJUNG MALIM: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek optimis bahawa pemain badminton nombor satu negara dan dunia Datuk Lee Chong Wei mampu merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik London Julai nanti walaupun mengalami kecederaan buku lali baru-baru ini.

Beliau berkata kecederaan itu tidak menganggu persiapan Chong Wei menghadapi temasya sukan itu kerana beliau dilihat masih mempunyai semangat yang kuat termasuk daripada segi mental.

"Kecederaan yang dialami (Chong Wei) tidak serius. Chong Wei akan memberi peluang yang terbaik kepada kita untuk mendapat emas lagi.

"Merupakan satu kebaikan kerana beliau cedera pada awal permainan Piala Thomas baru ini, kalau di saat akhir (berlaku) mungkin mengambil masa yang lama untuk tunggu empat minggu lagi (untuk) pulih," katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah sasaran utama dalam menyumbangkan emas pada temasya itu kini bertumpu pada atlet lumba basikal Azizulhasni Awang.

Ahmad Shabery berharap Chong Wei segera sembuh untuk menjalani latihan dan sekaligus dapat beraksi pada temasya berkenaan.

Chong Wei mengalami kecederaan ketika beraksi mewakili Malaysia menentang pemain Denmark Peter Hoeg Gade pada kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China baru-baru ini yang memaksanya menarik diri daripada kejohanan itu.

Beliau kemudiannya pulang ke tanah air dan mendapat rawatan daripada dua pakar ortopedik iaitu Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dan dilaporkan akan pulih dalam masa empat minggu.

Ketika ditanya sama ada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) yang kini disandang Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz akan diganti dengan calon lain, beliau berkata setakat ini masih belum ada calon lain kerana Dr Ramlan mempunyai kepakaran dalam bidang pengawalan anti dadah.

"Isu berkaitan dengan soal pengawalan doping adalah satu isu yang besar dan perlukan pengkhususan Dr Ramlan kerana dia seorang yang pakar dalam bidang itu. Saya rasakan tumpuan yang perlu diberikan ke arah itu dan kita minta supaya Dr Ramlan memainkan peranan," katanya.

Isu penggantian itu timbul apabila media tempatan baru-baru ini melaporkan tempat Dr Ramlan akan diganti dengan calon yang lain.

Terdahulu, Ahmad Shabery merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan 'Inovasi Penyelidikan Sukan' di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain