suria

Piala Thomas: Malaysia Berdepan Dengan China

WUHAN: Ujian getir menanti Malaysia di peringkat suku apabila diundi bertemu China pada kejohanan badminton Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini malam Rabu.

Perlawanan itu akan diadakan pada pukul 7 malam.

Saingan suku akhir turut melibatkan Jepun bertemu Indonesia, Rusia menentang Denmark dan Jerman bersemuka dengan Korea Selatan.

Selain itu, bagi Piala Uber, China diundi bertemu Jerman, Thailand berdepan cabaran Denmark, Taiwan bertemu Korea manakala Indonesia pula menentang Jepun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain