Piala AFC: Terengganu Sandar Harapan Tinggi Pada Butler - Sukan | mStar

Piala AFC: Terengganu Sandar Harapan Tinggi Pada Butler

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyandarkan harapan tinggi kepada jurulatih baharu Peter James Butler untuk membawa pasukan itu ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Butler, yang menggantikan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris, bakal menjalani ujian pertama apabila berdepan dengan bekas pasukan bimbingannya, Kelantan pada pusingan kedua Piala AFC.

Kedua-dua pasukan Pantai Timur itu akan bertemu pada perlawanan timbal balik pusingan kedua Piala AFC di Stadium Sultan Mohammed ke-IV di Kota Bharu pada 23 Mei ini.

Penolong pengurus pasukan Sheikh Tajuddin Sheikh Yusof yakin impian skuad Penyu itu akan tercapai di bawah bimbangan Butler yang pernah melatih Kelantan pada 2009 sebelum melatih kelab Persiba dari Indonesia.

"Kita harap beliau (Butler) boleh melakukan sesuatu yang ajaib dalam menghadapi Kelantan nanti," katanya.

Sheikh Tajudin, yang juga naib presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), berkata matlamat Terengganu adalah sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

Sambil mengakui prestasi sedikit menurun sejak kebelakangan ini, katanya Butler yang berasal dari England itu, akan cuba mengatasi segala kelemahan dan menaikan semangat anak buahnya sebelum bertandang ke Kota Bharu.

Katanya pertemuan dalam pusingan kedua Piala AFC itu bukan sahaja perlawanan timbal balik tetapi saingan kalah mati dan oleh itu Terengganu memberi tumpuan sepenuhnya bagi persiapan menentang Kelantan.

rengganu muncul naib juara Kumpulan F di belakang pasukan Kitchee dari Hong Kong manakala Kelantan pula juara Kumpulan H.

Kitchee pula akan menentang naib juara Kumpulan H, Arema FC dari Indonesia pada pusingan kedua.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain