suria

Piala FA: Sime Darby, Pahang United Tempah Tiket Ke Pusingan Kedua

KUALA LUMPUR: Sime Darby FC dan Pahang menjadi dua pasukan terakhir melangkah ke pusingan kedua Piala FA selepas mengalahkan lawan masing-masing pada saingan pusingan pertama pada Ahad.

Pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby mengatasi Sabah 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Mohd Shazlan Alias pada minit ke-40 dan pemain import Patrick Ronaldinho Wleh lima minit kemudian.

Sime Darby akan berdepan dengan pasukan USM FC pada perlawanan pusingan kedua pada 10 Mac ini.

Dalam pada itu, di Stadium Hang Jebat, Melaka, jaringan tunggal Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-39 telah membantu Pahang mengatasi Felda United 1-0.

Pahang akan menentang pasukan kelab dari Terengganu, T-Team pada pusingan kedua.

Piala FA musim ini akan menggunakan format kalah mati pada dua pusingan awal sebelum perlawanan timbal balik pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Peringkat suku akhir dan separuh akhir dijadualkan masing-masing pada 24 dan 27 Mac serta 21 April dan 1 Mei depan.-BERNAMA

Artikel Lain