'Yamtuan Antah Challenge' Untuk Peminat Sukan Lasak, Rekreasi - Sukan | mStar

'Yamtuan Antah Challenge' Untuk Peminat Sukan Lasak, Rekreasi

SEREMBAN: Persatuan Kembara Negara akan menganjurkan 'Yamtuan Antah Challenge 2012' pada 12 Februari ini di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau untuk peminat sukan lasak dan aktiviti rekreasi.

Presiden persatuan, Datuk Mohd Khalid Mohd Yunus berkata 'Yamtuan Antah Challenge 2012' merupakan pertandingan mendaki gunung atau climbathon mengikut laluan ke puncak Gunung Datuk, Gunung Rembau dan Gunung Gagak yang kaya dengan keunikan hutan hujan tropika.

"Laluan pendakian meliputi ketiga-tiga gunung itu memberikan pemandangan indah yang mampu menyajikan cabaran dan kepuasan menakjubkan dengan tarikan pelbagai jenis flora dan fauna.

"Selain itu laluan berkenaan dipenuhi anak sungai yang begitu indah dan masih terpelihara," katanya pada majlis pra pelancaran acara tersebut di sini, Rabu.

Mohd Khalid berkata penganjuran acara tersebut juga bertujuan mempromosikan gunung yang terdapat di Negeri Sembilan untuk aktiviti sukan lasak dan rekreasi.

Beliau berharap dapat memasukkan acara tersebut ke dalam kalendar sukan pelancongan di samping menjadi produk sejarah di Negeri Sembilan yang boleh menarik pelancong dalam dan luar negeri.

Mohd Khalid berkata acara tersebut menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM24,900 kepada peminat sukan lasak pelbagai kategori dan peringkat umur.

"Selain hadiah wang tunai, lima peserta terbaik Malaysia dalam kategori terbuka lelaki dan wanita akan menerima hadiah baucer dan barangan kembara," katanya.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 Feb ini dan dijangka 400 peserta termasuk pelajar sekolah akan mengambil bahagian.

Menurut Mohd Khalid, penyertaan masih dibuka kepada orang ramai dan sehingga Rabu, 245 atlet telah mendaftar termasuk 12 orang peserta luar negara dari Kenya, Singapura, Utopia dan Sudan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

United, City Kongsi Mata

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Jadual Perlawanan Liga Super, Selasa

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain