suria

Spurs Rapat Jurang Mata Dengan Pendahulu Liga

Benoit Assou-Ekotto (kiri) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan, Younes.
Benoit Assou-Ekotto (kiri) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan, Younes.
Benoit Assou-Ekotto (kiri) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan, Younes.

TOTTENHAM Hotspur berkongsi 45 mata dengan penghuni tempat kedua, Manchester United selepas menewaskan Everton 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane.

Gol yang dijaringkan Aaron Lennon dan Benoit Assou-Ekotto meletakkan Spurs pada kedudukan terbaik untuk menjulang trofi EPL buat pertama kalinya sejak 1961.

Spurs kini menduduki tempat ketiga, ketinggalan tiga mata di bekalang pendahulu liga, Manchester City.

Walaupun saingan masih berbaki 18 perlawanan, Pengurus Spurs Harry Redknapp berjanji kepada peminat pasukan tu untuk membawa kemenangan kepada kelab.

"Tiada apa yang mustahil. Kita harus meletakkan kepercayaan terhadap pasukan. Jika anda tidak gembira dengan corak permainan kami, anda tidak patut menonton perlawanan bola sepak," katanya.

Redknapp turut memuji persembahan pemain pertahanan, Michael Dawson yang kembali beraksi selepas mengalami kecederaan Achilles.

Senarai Pemain:

Tottenham: Friedel, Walker, Kaboul, Dawson, Assou-Ekotto, Lennon, Livermore, Modric, Bale, Van der Vaart, Adebayor.

Pemain gantian: Cudicini, Pavlyuchenko, Defoe, Bassong, Kranjcar, Rose, Pienaar

Everton: Howard, Neville, Heitinga, Distin, Baines, Donovan, Bilyaletdinov, Cahill, Fellaini, Anichebe, Saha.

Pemain gantian: Mucha, Drenthe, Stracqualursi, McFadden, Gueye, Vellios, Duffy

Gelanggang: White Hart Lane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain