Ranking FIFA: Malaysia Naik Tujuh Anak Tangga - Sukan | mStar

Ranking FIFA: Malaysia Naik Tujuh Anak Tangga

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.

Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini (Khamis), Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.

Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.

Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke 27 bulan lepas.

Sementara itu kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Safee Sali Terjebak Selepas FIFA Haramkan ISL

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain