Penjualan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Negeri Sembilan Rancak - Sukan | mStar

Penjualan Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Negeri Sembilan Rancak

SEREMBAN: Penjualan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia berharga RM50 yang diperuntukkan kepada penyokong Negeri Sembilan amat menggalakkan selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) memberi potongan RM20.

Bendahari PBNS Mohd Baharin Abdul Rahman berkata selain di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi di sini, penjualan tiket dengan harga RM30 bagi dewasa dan RM5 kanak-kanak juga dijual di daerah-daerah mulai 10 pagi tadi. berjalan rancak.

"Kita jangka semua 30,000 tiket ini boleh habis dijual Jumaat," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Malam tadi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden PBNS mengumumkan potongan itu selepas mengadakan mesyuarat anggota Majlis PBNS, susulan bantahan pelbagai pihak terutama penyokong yang mahukan PBNS campur tangan terhadap langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir itu kepada RM50 berbanding RM30 tahun lepas.

Mohamad berkata PBNS akan menampung baki harga tiket RM20 itu menerusi hasil pendapatan bersih perlawanan akhir itu antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Mohd Bahari berkata tiket yang terjual sebelum ini dengan harga RM50 adalah sebanyak 2,000 tiket tetapi selepas pengumuman potongan itu, penjualan tiket berjalan begitu rancak sekali.

"Bagi mereka yang telah membeli tiket dengan harga RM50 boleh mendapatkan pulangan RM20 daripada PBNS," katanya.

Tinjauan Bernama di STAR mendapati ramai penyokong Negeri Sembilan beratur untuk mendapatkan tiket apabila kaunter dibuka pada 10 pagi tadi.

Ridzuan Kamal, 32, berkata beliau lega kerana hanya perlu membayar RM30.

"FAM tidak faham masalah kami kerana harga tiket RM50 itu membebankan. Tapi saya berterima kasih kepada PBNS dan Menteri Besar yang membuat potongan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Nisha Sedia Hadapi Lawan Lebih Berpengalaman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain