suria

Rooney Sah Digantung Tiga Perlawanan

Aksi Rooney (belakang) yang menyebabkan dia dilayangkan kad merah.
Aksi Rooney (belakang) yang menyebabkan dia dilayangkan kad merah.
Aksi Rooney (belakang) yang menyebabkan dia dilayangkan kad merah.

PENYERANG England, Wayne Rooney digantung tiga perlawanan bagi aksi akhir Euro 2012, sekali gus menyaksikan namanya terkeluar bagi perlawanan pada peringkat kumpulan itu.

Bintang Manchester United itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Jerman, Wolfgang Stark selepas dia melakukan terjahan kasar kepada pemain Montenegro, Miodrag Dzuovic ketika kedua pasukan itu mengikat kedudukan seri 2-2.

Keputusan ini sememangnya dijangkakan selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bertindak mengikut peraturan disiplin yang ditetapkan dan kini England mempunyai tiga hari untuk membuat rayuan setelah mendapat keputusan bertulis.

Menurut Persatuan Bola Sepak England (FA), pihaknya perlu meneliti keputusan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindak balas.

“Berdasarkan keputusan UEFA yang menggantung tiga perlawanan ke atas Rooney, kami menunggu surat tunjuk sebab dari pihak disiplin berkaitan dengan hukuman itu. Selepas itu barulah kami akan membuat keputusan dan memberi kenyataan sepanuhnya,” jelas kenyataan itu.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan UEFA: “Penyerang itu digantung daripada beraksi untuk negaranya dan tidak dibenarkan bermain dalam tiga perlawanan selepas ini”.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain