suria

Pelumba Dunia Sertai Kejohanan Mountain Bike Langkawi

LANGKAWI: Beberapa pelumba terkemuka dunia adalah antara yang akan menyertai Kejohanan Langkawi International Mountain Bike Challange 2011 di sini dari 18 hingga 23 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Malik Mydin berkata, perlumba Britain, Chris Froome yang pernah menjadi naib juara 'Tour of Spain' dan Lachlan Norris dari Australia, yang merupakan antara pelumba 10 terbaik dunia, telah mengesahkan akan menyertai kejohanan itu.

"Sehingga kini 300 pelumba dari dalam dan luar negeri telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan kali kedua itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Daripada jumlah itu, 110 pelumba adalah dari 25 negara asing.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang bernilai lebih US$100,000.

"Kita mensasarkan 1,000 pelumba akan mengambil bahagian, untuk tujuan itu permohonan masih dibuka sehingga kejohanan itu bermula," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain