suria

Kim Swee Puas Hati Persembahan Skuad Pilihan Malaysia

Penjaga gol negara, Mohd Izham Tarmizi membantah keputusan pengadil apabila tendangan dari pemain Chalsea, Didier Drogba dikira gol oleh pengadil perlawanan pada aksi perlawanan Malaysia menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan pilihan Malaysia, Ong Kim Swee berpuas hati dengan persembahan anak buahnya pada perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Biarpun tewas 0-1 kepada The Blues, Kim Swee berkata keputusan itu adalah adat perlawanan dan paling penting ialah aksi pemain-pemain yang baik dalam menepis segala serangan yang dilakukan oleh lawan.

“Ia adalah permainan normal dan pemain tidak berada dalam tekanan dalam mencari gol. Mereka juga telah menunjukkan dedikasi yang tinggi dalam setiap langkah yang dilakukan, malah turut menyukarkan barisan serangan lawan untuk mencari gol.

“Dengan penampilan sembilan pemain berpengalaman yang telah menunjukkan prestasi baik, ia sekali gus memberi impak besar kepada pemain-pemain muda untuk mengawal tekanan ketika berdepan dengan pasukan yang lebih kuat,” katanya kepada media selepas perlawanan.

Kim Swee berkata, kawalan permainan yang baik itu telah dibuktikan pada separuh babak pertama apabila kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

“Babak kedua turut menyaksikan skuad Olimpik Malaysia tampil dengan lebih yakin dan menunjukkan mutu permainan yang semakin baik. Perlawanan ini juga dapat memberi gambaran lebih jelas kepada skuad muda negara dalam menghadapi persiapan Kelayakan Olimpik.

“Esok (Jumaat) kami akan berlepas ke Slovakia bagi menjalani latihan serta menghadapi tujuh perlawanan persahabatan di sana,” katanya.

Sementara itu, pengurus Chelsea Luis Andre Villas Boas mengakui perlawanan ini bukan mudah dan turut memuji penjaga gol pertama Malaysia, Mohd Farizal Marlias yang banyak menyelamatkan gol daripada dibolosi pasukannya.

“Kami mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun ia berjaya diselamatkan oleh penjaga gol.

"Walaupun hanya mendapatkan satu gol, saya berpuas hati dengan persembahan mereka kerana saya menganggap perlawanan ini sebagai satu landasan untuk memantapkan lagi pasukan.

“Ini adalah petanda yang baik dan di sini saya dapat menilai beberapa perkara. Namun apa yang penting ialah, kerjasama yang ditunjukan oleh semua pemain dalam membantu pasukan adalah objektif utama saya,” katanya.

Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan oleh Didier Droba pada minit ke-79 turut menimbulkan kontroversi apabila bola kelihatan tidak mencecah garisan gawang gol pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, keputusan penjaga garisan M.Sivanesan memihak kepada pasukan Chelsea.

Artikel Lain