Harimau Malaya Berlepas Ke Singapura Tanpa Empat Tonggak - Sukan | mStar

Harimau Malaya Berlepas Ke Singapura Tanpa Empat Tonggak

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan berlepas ke Singapura pada Khamis dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Sabtu ini.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar republik itu pada 7.25 malam.

Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal bagaimanapun terpaksa meninggalkan empat tonggak skuad akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool pada Sabtu.

Pemain yang cedera ialah penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Pemain yang berlepas ke Singapura terdiri Khairul Fahmi Che Mat,Mahali Jasuli,Mohd Farisham Ismail,Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhil Mohd Shas,Mohamad Aidil Zafuan,Safiq Rahim,Ismail Faruqi Ashari, Mohd Safee Mohd Sali,Mohamad Azmi Muslim,Amar Rohidan,Ahmad Fakri Shaarani,Baddrol Bakhtiar,Gurusamy G.Kandasamy,Kunalan Subramaniam,Helmi Remeli,Mohamad Ashari Samsudin,Abdul Hadi Yahaya,Mohd Sharbaniee Allawee,Mohd Nasril Mat Nourdin, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid,Izzaq Faris Ramlan.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua tetapi layak ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

Malaysia sebelum itu mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Singapura mendapat bye di pusingan pertama selepas mara ke pusingan ketiga dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Perlawanan Jelajah Asia 2011

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain