Pasukan Red Bull Rookies 2011 lebih unik - Sukan | mStar

Pasukan Red Bull Rookies 2011 lebih unik

Pelumba Red Bull Rookie sedang mencuba jenteranya di SIC.
Pelumba Red Bull Rookie sedang mencuba jenteranya di SIC.

PENGLIBATAN golongan wanita dalam sukan permotoran tidak boleh dipertikaikan lagi. Pasukan Red Bull Rookies telah membuktikan bahawa sukan ini bukan didominasikan oleh pelumba lelaki sahaja.

Buktinya, selepas tiga tahun penubuhan pasukan, Red Bull Rookies berjaya mencungkil ramai pelumba wanita setiap tahun walaupun slot untuk menyertai pasukan ini adalah terhad.

Peserta-peserta wanita yang terpilih dan berbakat diberikan latihan dan ditaja oleh Red Bull sehingga bersedia dan layak untuk berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menghadapi perlumbaan sejauh 1,000 kilometer hujung tahun ini.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, dengan inisiatif untuk mencari pemandu wanita yang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan jentera, perlumbaan ini semakin mendapat perhatian bukan sahaja dari kalangan pelumba-pelumba wanita Malaysia tetapi turut menarik minat pelumba-pelumba dari negara jiran termasuk dari Brunei dan Singapura.

Tahun ini menyaksikan gambaran baru apabila pasukan Red Bull Rookies memberi satu slot istimewa kepada pelumba lelaki bagi mengendalikan jentera pasukan ini iaitu Mark Darwin (Malaysia) sekali gus menjadi tarikan baru dan unik berbanding sebelum ini yang hanya dianggotai oleh kaum Hawa sahaja.

Manakala tiga lagi slot diisi oleh peserta-peserta wanita yang berjaya dipilih melalui beberapa program pencarian Red Bull 21 dan Pencarian Red Bull Wanita termasuk Siti Shahkirah Shaharul dari Malaysia, Emmiline Ang (Singapura) dan Fauziah Haziz dari Brunei.

Darwin (21 tahun) dan Siti Shahkirah,17, terpilih setelah mereka mengambil bahagian dalam program pencarian pelumba Red Bull 21.

Program ini merupakan pencarian pelumba yang berumur bawah 21 tahun. Lebih 1,700 peserta mengambil bahagian melalui roadshow yang diadakan di seluruh Malaysia.

Sementara itu, Fuziah, 26, atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy merupakan pelumba kedua yang beraksi dengan pasukan ini selepas tahun lalu dua pelumba dari Brunei dipilih menyertai pasukan Red Bull Rookies buat pertama kalinya.

Dia dipilih selepas menyertai program Pencarian Pelumba Wanita (PPW) di Brunei dan menyingkirkan 79 peserta wanita yang lain.

Emiline, 24, pula menjadi pemandu pertama yang dipilih menyertai pasukan ini hasil daripada program PPW yang diadakan buat julung kalinya di Singapura pada awal tahun ini, malah dia telah membuktikan kehebatannya apabila menjadi peserta tunggal yang terpilih daripada 600 peserta yang mengambil bahagian.

Sebelum terpilih menganggotai pasukan Red Bull Rookies ini, peserta-peserta telah diuji dengan stimulasi perlumbaan sebenar, dan turut menjalani uji bakat di pelbagai lokasi.

Mereka juga perlu melepasi ujian pemanduan di SIC pada 6 Mac lalu.

Selain itu, bukan mudah untuk menjadi pelumba pasukan ini kerana selepas menjalani semua ujian pemanduan yang ditetapkan, mereka dihantar ke Lumut untuk mengikuti program Bina Semangat Pasukan yang berlangsung empat hari dan selepas itu mereka dikehendaki menjalani Advanced Driving Course dan Defensive Driving Course yang dikelolakan oleh Asia Advanced Driving Academy (AADA).

Pengurus pasukan, Kenvin Low berkata, objektif utama pasukan ini untuk mencari bakat-bakat muda yang mempunyai kebolehan, kekuatan mental dan fizikal serta mempunyai personaliti yang dinamik menjadikan ia sebuah pasukan multinasional.

“Saya gembira dengan barisan pelumba tahun ini kerana bukan sahaja sekadar mengambil bahagian pada perlumbaan musim ini, tetapi ia merupakan percubaan terbaik untuk mendapat keputusan di luar jangkaan.

“Selain itu juga, tahun ini kami bakal mengunakan jentera baru dan saya percaya Satria Neo adalah sebuah kereta yang berdaya saing. Kami memang yakin dengan kebolehan pemandu pada hari perlumbaan nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Artikel Sebelum

Keputusan Tenis Wimbledon

Artikel Berikut

Saya Tidak Tahu Apa-Apa: Selvaraj

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain