suria

Real Madrid Dapat Khidmat Varane

REAL Madrid sah mendapatkan pemain baru keempat pada musim panas ini selepas berjaya memperolehi khidmat pemain pertahanan kelab Lens, Raphael Varane untuk kontrak enam tahun.

Vanare, menurut pemain legenda bola sepak - Zinedine Zidane, berkemungkinan merupakan pemain gantian Blanc.

Vanare, 18, muncul sebagai prospek paling hebat pada perlawanan bola sepak liga Eropah musim lalu selepas mempamerkan aksi-aksi memberangsangkan untuk pasukannya yang diturunkan dari Ligue 1.

Rentetan laporan mengatakan Manchester United turut berminat memperolehi tandatangannya, Real Madrid segera mendapatkan khidmat pemain tengah pertahanan itu,

Vanare mengikut jejak langkah Hamit Altintop, Nuri Sahin dan Jose Maria Callejon menyertai pasukan baru itu di Bernabeu.

Artikel Lain