suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Super: Harimau Muda Kalahkan Pahang 2 - 0

KUANTAN: Harimau Muda menewaskan Pahang 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini, malam Ahad.

Gol pertama Harimau Muda dijaringkan menerusi rembatan Izzaqfarris Ramlan dari dalam kotak penalti pada minit ke-28.

Skuad Tok Gajah kemudian cuba mencari gol penyamaan, namun serangan demi serangan yang diatur gagal membuahkan hasil.

Pada babak kedua perlawanan, ketangkasan penjaga gol tuan rumah terus diuji menerusi dua percubaan oleh Izzaqfarris dan Mohamad Fandi Othman, namun berjaya ditampan.

Bagaimanapun, kelonggaran pertahanan tuan rumah mengundang padah apabila Harimau Muda berjaya membolosi gawang pada minit ke-76 hasil jaringan A.Tahmil yang menerima hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor.

Sehingga wisel penamat, kedudukan Pahang 0 Harimau Muda 2. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain