suria

Mcllroy Julang Trofi Terbuka Amerika Syarikat

Mcllroy menjadi peserta termuda merangkul gelaran juara Terbuka AS sejak 1923.
Mcllroy menjadi peserta termuda merangkul gelaran juara Terbuka AS sejak 1923.
Mcllroy menjadi peserta termuda merangkul gelaran juara Terbuka AS sejak 1923.

RORY McIlroy mudah merangkul kejuaraan golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kelebihan lapan pukulan, sekali gus menjadi pemain termuda menjuarai kejohanan berprestij itu sejak 1923, pada awal pagi Isnin.

Pemain berusia 22 tahun dari Britain itu berada di depan dengan lapan pukulan untuk mencatat mencatat dua bawah par 69 untuk merangkul gelaran utama sulung buat dirinya di Congressional Country Club.

“Saya tidak boleh bercakap lebih kerana terlalu gembira dengan kejayaan ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan dengan menjulang trofi utama ini,” katanya selepas menerima trofi.

Rory yang sebelum ini sememangnya dianggap sebagai bakal pemain nombor satu dunia, mencatatkan rekod kejohanan dengan 16 bawah par 268 untuk mengetepikan saingan terdekat selepas memadamkan rekod buruk ketika pusingan akhir Masters dua bulan lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain